Tiada tumpahan minyak di Terowong Menora

Iklan
Gambar hiasan

IPOH - Tiada sebarang kejadian tumpahan minyak di sekitar Terowong Menora di sini seperti yang tular di media sosial semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak, Superintendan Zakaria Abd Rahman berkata, hasil rondaan sepanjang Op Selamat 15 tidak menemukan sebarang kesan tumpahan minyak seperti di dalam gambar yang tular.

Iklan
Iklan

"Saya juga telah membuat semakan dan tiada sebarang kenderaan seperti di dalam gambar yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di kawasan itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) turut menafikan kejadian tumpahan minyak di sekitar laluan sebagaimana yang didakwa.

Iklan

Menurut jurucakap LLM, pihaknya tidak menerima sebarang insiden tumpahan minyak di kawasan berkenaan semalam dan hari ini.

"Hasil pemeriksaan mendapati laluan itu selamat digunakan oleh pengguna jalan raya ketika ini," katanya sambil menyatakan gambar yang tular dipercayai kejadian pada tahun 2017.

Iklan

Semalam, tular gambar beberapa buah kenderaan terbabas dikatakan berpunca daripada perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang menuang minyak di atas jalan. - Bernama