Pengerusi TM diminta tangguh lantik CEO
Iklan
KUALA LUMPUR - Telekom Malaysia Bhd (TM) hari ini berkata Pengerusinya, Rosli Man telah menerima permintaan daripada Pejabat Perdana Menteri (PMO) untuk menangguhkan pelantikan ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan itu.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, TM berkata pengerusi juga telah memaklumkan Lembaga Pengarah mengenai permintaan PMO tersebut pada awal Mac, 2019.
Iklan
Iklan
"Kami percaya ini merupakan tadbir urus korporat yang baik untuk turut melibatkan pihak berkepentingan utama termasuk PMO," kata kenyataan itu sebagai menjawab artikel bertajuk"Stand-Off CEO Telekom" disiarkan media kewangan, The Edge Financial Daily hari ini.
Laporan itu antara lainnya memetik sumber yang mendakwa Rosli enggan meneruskan pelantikan pemangku CEO, Imri Mokhtar bagi menggalas tugas itu walaupun pelantikan beliau telah diluluskan oleh pemegang saham khas TM, Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD).
Iklan
TM merujuk perenggan dalam laporan itu yang menyatakan"sumber-sumber memberitahu The Edge Financial Daily mengenai kenyataan TM pada Rabu bahawa pelantikan Ketua Pegawai Eksekutifnya harus melalui proses sewajarnya dengan MKD dan Lembaga Pengarah, adalah tidak tepat."
Syarikat telekomunikasi itu turut mengesahkan maklumat yang diberi dalam kenyataan awal pada Rabu.
Iklan
Menurut TM, Lembaga Pengarah telah mengesyorkan pelantikan Imri sebagai Pengarah Urusan/CEO Kumpulan kepada Kementerian Kewangan (MOF).
"Susulan itu, pihak MOF telah bersetuju dengan pelantikan itu menerusi sepucuk surat bertarikh 28 Februari, 2019, tertakluk kepada pelaksanaan dokumen sewajarnya serta kelulusan terma dan syarat tersebut.
"Sebarang pengumuman rasmi berkaitan kedudukan tersebut akan dibuat pada masa sesuai," katanya. -Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>