Maszlee jamu penuntut, kakitangan UTM Skudai bersahur
Iklan
Maszlee (tengah) bersama penuntut dan peserta bergambar bersama pada majlis itu.
JOHOR BAHRU - Kehadiran Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik di kampus Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, awal pagi tadi ternyata menyerikan lagi ibadah bersahur buat penuntut dan kakitangan yang bertugas di sana.
Dalam lawatan sempena Program Singgah Sahur bersama Kelab Media Johor (KMJ) itu turut menyaksikan Maszlee berkesempatan menjamu kira-kira 200 penuntut dan kakitangan institusi pengajian tinggi itu dengan sajian Nasi Ambeng.
Iklan
Iklan
"Ini (UTM) merupakan lokasi terakhir Singgah Sahur yang dianjurkan KMJ bersama Kementerian Pendidikan dan beberapa agensi lain.
"Ia adalah aktiviti kemasyarakatan yang kita lihat boleh merapatkan hubungan ukhuwah antara pihak-pihak terlibat dalam masa sama menunaikan ibadah dalam bulan Ramadan ini.
Iklan
"Ia satu program yang bagus, mungkin tahun hadapan juga kita boleh minta kelab media di negeri-negeri lain untuk jalankan program sebegini agar ia boleh diluaskan di universiti-universiti," kata Maszlee ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Turut hadir, Naib Canselor Profesor Datuk Ir Dr Wahid Omar dan Presiden KMJ, Mohd Fauzi Ishak.
Iklan
Difahamkan, lawatan pemimpin berkenaan ke universiti itu adalah kali yang ketiga dilakukannya sejak menjawat jawatan sebagai Menteri Pendidikan selepas PRU lalu.
"Universiti ini adalah yang pertama saya lawati sejak menjawat jawatan Menteri Pendidikan, tetapi sebelum ini memang dah selalu, saya pun orang Johor," katanya.
Terdahulu, Ahli Parlimen Simpang Renggam itu turut meluangkan masa melawat dan mengedarkan sajian berkenaan di tiga lokasi lain bermula di Balai Bomba dan Penyelamat Larkin kira-kira jam 1.30 pagi.
Dua lagi lokasi lain yang dilawat Maszlee adalah Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara dan Plaza Tol Skudai yang mana keseluruhan tiga lokasi ini sebanyak 200 bungkusan makanan telah diedarkan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Lagi kes kanak-kanak diserang anjing liar: Alif keluar beli ubat, hanya 200 meter dari rumah"><meta itemprop="description" content="Hasrat seorang remaja lelaki membeli ubat untuk adiknya yang demam bertukar detik cemas apabila dia diserang anjing liar di Kawasan Taman Perumahan Rakyat Lima Kedai di Iskandar Puteri, pada awal pagi Isnin.
Mohammad Alif Najmi Mohd Razi, 15, berkata, dia tidak menyangka perjalanan singkat ke kedai runcit kira-kira 200 meter dari rumahnya itu berakhir dengan kecederaan apabila seekor anjing menerkam dan menggigit kaki kirinya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800262/edisi/johor/lagi-kes-kanak-kanak-diserang-anjing-liar-alif-keluar-beli-ubat-hanya-200-meter-dari-rumah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #anjingliar"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-13T07:38:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/fuseA1gpU0AvlcZrk/x1080"><meta itemprop="duration" content="P95S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbmesju"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbmesju"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbmesju"></script>