Dua kapal ditahan berlabuh tanpa kebenaran
Iklan
Dua kapal yang berjaya ditahan Zon Maritim Tanjung Sedili kerana berlabuh tanpa kebenaran di perairan Johor Timur dalam Op Khas Pagar petang semalam.
KOTA TINGGI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Zon Maritim Tanjung Sedili berjaya menahan dua kapal yang berlabuh tanpa kebenaran di perairan Johor Timur dalam Op Khas Pagar, semalam.
Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Kepten Maritim Mohd Zulfadli Nayan berkata, sebuah kapal tangki berdaftar di Republik Dominica ditahan bot ronda APMM di kedudukan 3.2 batu nautika Timur Tanjung Penyusop jam 3.50 petang.
Iklan
Iklan
Menurutnya, penahanan dilakukan selepas pemeriksaan mendapati kapal tangki tersebut kru gagal mengemukakan sebarang kebenaran bersauh daripada Pengarah Laut.
''Manakala sebuah lagi kapal jenis Self Propelled Barge berdaftar di Singapura ditahan kira-kira jam 5.30 petang di kedudukan 2.6 batu nautika Timur Tanjung Penyusop.
Iklan
"Penahanan dilakukan selepas didapati kapal tersebut tidak mempunyai kebenaran bersauh dari Pengarah Laut dan kru tidak mencukupi seperti 'Safe Manning Certificate'," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Zulfadli berkata, kapal pertama yang ditahan dikendalikan oleh tujuh kru termasuk nakhoda berumur antara 32 dan 46 tahun manakala kapal kedua ditahan dikendalikan 12 kru termasuk nakhoda berusia 22 hingga 49 tahun.
Iklan
"Kesemua kru kedua-dua kapal ialah warga Indonesia. Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, Seksyen 491B(1)(l) iaitu bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut.
"Manakala bagi Seksyen 72(1) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu kru kapal tidak mencukupi. kru kedua-dua kapal tersebut dibawa ke pejabat Zon Maritim Tanjung Sedili untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Menurutnya, APMM akan terus mempertingkatkan kawalan keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang maritim terutama pada musim perayaan bagi membanteras dan menyekat aktiviti jenayah di perairan negara terutama Johor Timur.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Lagi kes kanak-kanak diserang anjing liar: Alif keluar beli ubat, hanya 200 meter dari rumah"><meta itemprop="description" content="Hasrat seorang remaja lelaki membeli ubat untuk adiknya yang demam bertukar detik cemas apabila dia diserang anjing liar di Kawasan Taman Perumahan Rakyat Lima Kedai di Iskandar Puteri, pada awal pagi Isnin.
Mohammad Alif Najmi Mohd Razi, 15, berkata, dia tidak menyangka perjalanan singkat ke kedai runcit kira-kira 200 meter dari rumahnya itu berakhir dengan kecederaan apabila seekor anjing menerkam dan menggigit kaki kirinya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800262/edisi/johor/lagi-kes-kanak-kanak-diserang-anjing-liar-alif-keluar-beli-ubat-hanya-200-meter-dari-rumah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #anjingliar"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-13T07:38:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/fuseA1gpU0AvlcZrk/x1080"><meta itemprop="duration" content="P95S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbmesju"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbmesju"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbmesju"></script>