Menteri MoTAC rai media

Iklan
Mohamaddin (tengah) merakam gambar kenangan bersama tetamu yang hadir ke majlis ramah mesra. Turut hadir Timbalan Pengerusi Karangkraf, Datuk Nasir Hamzah (kanan).

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MoTAC) meraikan pengamal media pelbagai agensi dalam sebuah majlis makan malam di Menara Kuala Lumpur, malam tadi.

Majlis yang dihadiri menterinya, Datuk Mohamaddin Ketapi itu dimeriahkan dengan pelbagai persembahan daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

Iklan
Iklan

Beliau melancarkan Rakan MoTAC bagi 'social media influencer' di negara ini.

Menariknya, Mohamaddin sempat menunjukkan bakat bermain gitar ketika mengiringi penyanyi, Datuk A.Rahman Hassan.

Iklan
image


Mohamaddin menunjukkan bakat bermain gitar mengiringi penyanyi A.Rahman Hassan.

Beliau meluangkan masa menyantuni tetamu yang hadir sambil melayan permintaan bergambar.

Majlis Ramah Mesra Media Bersama Menteri MoTAC dan Pelancaran Rakan MoTAC itu dirancang bagi menjalinkan hubungan kerjasama strategik dan berkesan antara pihak media dengan pengurusan MoTAC.

Iklan

Selain itu, ia juga bagi mewujudkan program 'intelligent gathering' antara kementerian dengan rakan-rakan strategik, pemain industri, penggiat seni dan budaya serta pemegang taruh.