MB Johor mahu bonus Aidilfitri dimanfaatkan sebaiknya
Iklan
Dr Sahruddin bermesra dengan tetamu yang hadir pada Majlis Berbuka Puasa Serta Penyampaian Sumbangan DUN Bukit Pasir dan Bukit Kepong di Masjid Jamek Panchor kelmarin.
PAGOH - Bonus sempena Aidilfitri yang diumumkan Kerajaan Johor diharap dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh kakitangan kerajaan negeri ini.
Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, pemberian bonus itu sebagai menghargai jasa dan sumbangan dicurahkan golongan berkenaan yang berkhidmat bersama pihaknya.
Iklan
Iklan
"Semua dah maklum bonus oleh kerajaan negeri minimum bernilai RM1,000 atau setengah bulan gaji.
"Pertama sekali, terima kasih kepada semua kakitangan kerajaan negeri. Saya harap bonus yang diberikan ini dimanfaatkan dengan sebaiknya sebagai persediaan untuk Aidilfitri,” katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Berbuka Puasa Serta Penyampaian Sumbangan DUN Bukit Pasir dan Bukit Kepong di Masjid Jamek Panchor, di sini, kelmarin.
Terdahulu, Dr Sahruddin yang juga ADUN Bukit Kepong turut menyerahkan sumbangan kepada tiga kategori iaitu masjid dan surau, keluarga asnaf serta anak yatim.
Iklan
Bantuan bernilai RM100 setiap seorang diberikan kepada 100 anak yatim dan 100 asnaf selain barangan keperluan dapur buat keluarga berkenaan.
Selain itu, beliau turut menyumbang RM500 kepada 43 nuah masjid dan RM300 untuk 74 buah surau dalam Parlimen Pagoh bagi merancakkan pelbagai aktiviti sepanjang Aidilfitri ini.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Lagi kes kanak-kanak diserang anjing liar: Alif keluar beli ubat, hanya 200 meter dari rumah"><meta itemprop="description" content="Hasrat seorang remaja lelaki membeli ubat untuk adiknya yang demam bertukar detik cemas apabila dia diserang anjing liar di Kawasan Taman Perumahan Rakyat Lima Kedai di Iskandar Puteri, pada awal pagi Isnin.
Mohammad Alif Najmi Mohd Razi, 15, berkata, dia tidak menyangka perjalanan singkat ke kedai runcit kira-kira 200 meter dari rumahnya itu berakhir dengan kecederaan apabila seekor anjing menerkam dan menggigit kaki kirinya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800262/edisi/johor/lagi-kes-kanak-kanak-diserang-anjing-liar-alif-keluar-beli-ubat-hanya-200-meter-dari-rumah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #anjingliar"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-13T07:38:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/fuseA1gpU0AvlcZrk/x1080"><meta itemprop="duration" content="P95S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbmesju"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbmesju"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbmesju"></script>