Anwar, Erdogan bincang isu Palestin

Iklan
Anwar (kiri) dan Erdogan, telah mengadakan perbincangan mengenai perkembangan terkini melibatkan Palestin dan Israel melalui telefon malam tadi. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan telah mengadakan perbincangan mengenai perkembangan terkini melibatkan Palestin dan Israel.

Anwar menerusi catatan di X lewat malam tadi memaklumkan, perbincangan itu diadakan menerusi perbualan telefon.

Iklan
Iklan

"Kami menyentuh mengenai perkembangan terkini melibatkan Palestin dan Israel,” menurut catatan itu.

Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza, dan rejim Israel sejak 7 Oktober telah mengakibatkan kehilangan ratusan nyawa kedua-dua belah pihak.

Iklan
Iklan

Semalam, kerajaan mengumumkan akan menyalurkan dana RM1 juta serta-merta kepada tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) yang dikendalikan Kementerian Luar, susulan konflik keganasan dan pertempuran di Semenanjung Gaza ketika ini. - Bernama