Biro Aduan Hak Wanita dan Keluarga tangani isu penderaan

Iklan
Jian Boon (tengah) bersama dua pegawainya yang akan menguruskan aduan diterima Biro Aduan Hak Wanita dan Keluarga.

KULAI - Timbalan Ketua Jabatan Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA, Chua Jian Boon yang tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan tetap meneruskan khidmat di kerusi Parlimen Kulai dengan menubuhkan Biro Aduan Hak Wanita dan Keluarga.

Menurutnya, penubuhan tersebut adalah relevan selepas menerima aduan berkaitan keganasan rumah tangga, penderaan dan mangsa penipuan gambar lucah yang terus meningkat saban hari.

Iklan
Iklan

"Antara perkhidmatan lain yang turut disediakan termasuk kaunseling, motivasi, pemeriksaan kesihatan percuma dan juga permohonan perumahan yang disediakan pihak kerajaan.

"Bagi menggerakkan inisiatif ini, saya telah melantik dua wakil wanita untuk mengendalikan aduan-aduan yang diterima yang melibatkan kepentingan dan kesejahteraan wanita dan ahli keluarga lain.

Iklan

Sehubungan itu, Jian Boon berharap anggota masyarakat sama ada penduduk Parlimen Kulai atau kawasan berhampiran boleh mengunjungi pejabat khidmatnya di sini bagi mendapatkan khidmat bantuan yang disediakan.

"Saya harap lebih ramai pihak akan berani tampil dan luahkan masalah dihadapi mereka agar tindakan bersesuaian dapat diambil dan bukan sebaliknya memendam perasaan dan terus menerus menjadi mangsa ketidak adilan," ujarnya.

Iklan

Tambah beliau, untuk maklumat lanjut boleh menghubungi talian 011-40487985.

Pada PRU15, Jian Boon tewas kepada calon Pakatan Harapan (PH), Teo Nie Ching yang kini merupakan Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital.