KL berjerebu

Iklan

Pemandangan berjerebu di bangunan-bangunan pencakar langit dan kawasan sekitar Kuala Lumpur hari ini.

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Cheras merekodkan bacaan 86 dalam kategori sihat setakat 1 tengah hari tadi.

Iklan
Iklan

Sebelum ini bacaan IPU di sekitar Pusat Bandar Kuala Lumpur dan beberapa kawasan seluruh Malaysia dalam kategori tidak sihat sehingga Kementerian Pendidikan (KPM) mendapatkan cadangan dan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) sama ada sekolah perlu ditutup atau sebaliknya jika bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) terus meningkat.