Atasi ketirisan di selatan Thailand

Iklan
Gambar hiasan

SHAH ALAM - Seorang pengguna Facebook, Adli Nordi berkata, untuk menyelesaikan masalah minyak masak bersubsidi yang sering tidak mencukupi, kerajaan diminta menyelesaikan dahulu isu minyak peket bersubsidi yang boleh didapati di selatan Thai.

Selain itu, pelaksanaan ID khas pula harus betul-betul dikuatkuasakan supaya tiada seorang pun golongan B40 dan M40 yang tercicir.

Iklan
Iklan

"Rakyat kena bersatu juga, jika nampak kedai jual pada warga asing, lapor pada KPDN. Kementerian kena letakkan kompaun tinggi pada kedai yang berbuat demikian,” ujarnya.

Julai tahun lalu, siasatan wartawan Sinar Harian di kedai-kedai di sekitar pekan Golok dan Padang Besar, Thailand mendapati minyak masak peket Malaysia dijual serendah 50 baht (RM6).

Iklan
Iklan

Penduduk tempatan yang ditemui mengakui mereka sudah lebih 30 tahun menggunakan minyak masak subsidi dari Malaysia.