Johor usaha tangani isu kekurangan beras tempatan - MB
Iklan
Onn Hafiz
ISKANDAR PUTERI - Kerajaan Johor sedang mencari kaedah terbaik bagi menangani isu kekurangan bekalan beras putih tempatan (BPT) di negeri ini.
Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, walaupun bekalan beras dan barang keperluan asas bukan di bawah kawalan kerajaan negeri, namun ia menjejaskan kesejahteraan penduduk Johor.
Iklan
Iklan
"Isu bekalan beras ini merupakan satu isu besar bukan Johor sahaja, tetapi seluruh negara, namun kita tidak bersikap lepas tangan dalam soal ini kerana akhirnya yang terkesan adalah rakyat Johor.
Berhubung Belanjawan Johor 2024 yang akan dibentangkan November ini, Onn Hafiz berkata, belanjawan itu akan memberi fokus kepada usaha meningkatkan kebolehpasaran produk usahawan tempatan di peringkat domestik dan antarabangsa, khususnya sektor industri kecil dan sederhana (IKS).
Iklan
"Ada banyak produk, makanan, perkhidmatan atau pakaian daripada syarikat tempatan Johor mempunyai potensi untuk diketengahkan dan kita akan bantu mereka agar dapat melonjak ke tahap seterusnya.
"Sehubungan itu, golongan usahawan ini akan bertemu dengan Exco terlibat dan juga kepimpinan PUJB (Perbadanan Usahawan Johor) untuk berbincang lanjut berhubung keperluan dan isu dihadapi mereka menjelang Belanjawan Johor 2024," katanya.
Iklan
Mengulas mengenai Mini Karnival Maju Johor, beliau berkata PUJB memilih 11 produk yang dilihat berpotensi besar untuk diketengahkan ke tahap lebih tinggi, antaranya jenama seperti Haos Ek?, Lazy Monday, Yumny Mi Sayur dan jenama pakaian Hasnuri.
Tambahnya setakat ini terdapat lebih 30,000 usahawan tempatan berdaftar di bawah PUJB. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>