Tiada keperluan mendesak tubuh Kerajaan Perpaduan di Johor
Iklan
Kerajaan Johor di bawah pentadbiran BN memiliki majoriti besar dua pertiga di DUN Johor. Gambar kecil: Mazlan Ali
JOHOR BAHRU - Gesaan agar Johor menubuhkan Kerajaan Perpaduan sebagaimana di peringkat Kerajaan Persekutuan yang mempunyai kompisisi wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bukanlah perkara baharu yang diperkatakan.
Selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram, pandangan tentang penubuhan Kerajaan Perpaduan kedengaran daripada beberapa pemimpin PH.
Iklan
Iklan
Kerjasama erat dijalin antara PH-BN pada PRK tersebut sehingga membawa kemenangan besar kepada calon PH, dijadikan sandaran kepada pembentukan hubungan lebih kukuh di peringkat Kerajaan Johor.
Beberapa pimpinan Barisan Nasional (BN) dan UMNO pula berpendirian pentadbiran Kerajaan Johor di bawah pentadbiran Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang memiliki majoriti dua pertiga di DUN Johor perlu dikekalkan.
Iklan
Penganalisis Politik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Mazlan Ali menjelaskan penubuhan Kerajaan Perpaduan tidak melanggar Undang-undang Tubuh Johor dan boleh mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sekiranya tiada masalah yang timbul.
Bagaimanapun, penubuhan Kerajaan Perpaduan di Johor pada ketika ini bukan perkara yang mendesak kerana sekiranya perubahan dibuat ia akan membabitkan rombakan pentadbiran yang akan menelan kos perbelanjaan yang tinggi.
Iklan
"Rombakan akan menyaksikan ada yang akan digugurkan dan ada dikekalkan dalam barisan Exco Kerajaan Negeri. Bukan setakat jawatan Exco, tetapi syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) dan ahli majlis pihak berkuasa tempatan juga perlu dirombak.
"Lantikan terdahulu telah dibuat, sama ada hendak digugurkan, atau ditambah jawatan itu tetapi akan jadi ramai pula dan banyak kos," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Mengulas lanjut jelasnya, Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan, negeri Perak dan Pahang ditubuhkan selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak mengizinkan mana-mana parti politik membentuk kerajaan.
Namun sebaliknya di Johor, selepas hampir dua tahun Pilihan Raya Negeri (PRN) muncul pandangan agar Kerajaan Perpaduan ditubuhkan.
"Kerjasama BN-PH masih baharu dan perlu dipereratkan. Buat masa ini, pada pandangan saya tidak perlu ditubuhkan Kerajaan Perpaduan di Johor. Tidak ada keperluan mendesak untuk tubuhkan Kerajaan Perpaduan di Johor," katanya.
BERITA SEMASA 28 MEI 2024
Penduduk di sekitar kawasan perumahan Kampung Melayu Lima Kedai, Iskandar Puteri, sedia berpindah susulan insiden kebakaran di sebuah kilang cat berhampiran kawasan berkenaan, pada lewat petang Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.
Tinjauan Sinar Harian pada Selasa mendapati keadaan di kawasan berkenaan dalam keadaan terkawal bagaimanapun difahamkan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan pemeriksaan pencemaran udara di kawasan tersebut.
Justeru, dikhuatiri seandainya kualiti udara di kawasan berkenaan dilaporkan berada dalam keadaan yang tidak memuaskan memerlukan penduduk berpindah ke lokasi sementara.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/667129/edisi/johor/kilang-cat-terbakar-penduduk-sedia-berpindah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com