Datuk Seri, pasangan mengaku khalwat
Iklan
Lelaki bergelar Datuk Seri ini dibebaskan selepas membayar denda yang dikenakan terhadapnya.
BESUT - Seorang lelaki bergelar Datuk Seri didenda RM2,700 oleh Mahkamah Rendah Syariah Besut, di sini, hari ini selepas dia mengaku bersalah berkhalwat dengan pasangannya berusia 32 tahun.
Hakim Syarie, Mat Ropi Busu memerintahkan tertuduh, Datuk Seri Riduan Maudin, 40, yang merupakan seorang ahli perniagaan dipenjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Iklan
Iklan
Sementara itu, pasangannya, Nor Faizah Abu Bakar, 32, pula dikenakan hukuman denda 2,500 atau tiga bulan penjara jika gagal menjelaskan denda yang dikenakan.
Mengikut pertuduhan, pasangan terbabit didakwa berkhalwat setelah didapati berkurung dengan pasangannya yang tidak mempunyai hubungan suami isteri atau mahram dalam sebuah bilik resort sehingga mendatangkan syak.
Iklan
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah resort di Pulau Perhentian di sini, kira-kira jam 5.15 pagi pada 5 April lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(b) Enakman Kesalahan Jenayah Syariah (takzir) 2001 Terengganu dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Guru berdepan dua pertuduhan amang seksual pelajar Tingkatan Tiga"><meta itemprop="description" content="Seorang guru di sebuah sekolah menengah di Jelebu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban pada Rabu atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga, Ogos lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Tertuduh, Muhammad Faaris Ar Radhi Mohamad Fadzil, 29, didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806057/berita/mahkamah/guru-berdepan-dua-pertuduhan-amang-seksual-pelajar-tingkatan-tiga
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kesjenayahseksual"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-25T07:50:41.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/hE3Iw1h1fDHsh8A8M/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbzphoa"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbzphoa"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbzphoa"></script>