Penggabungan kaunter kurangkan kesesakan di Tambak Johor
Iklan
Kah Eng (kiri) meninjau operasi di empat laluan kereta selepas semua 38 kaunter digabungkan di BSI, Johor Bahru pada Khamis.
JOHOR BAHRU - Sebanyak 38 kaunter di semua empat zon laluan kereta di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini yang mula beroperasi sejak 31 Ogos lalu berjaya mengurangkan kesesakan di Tambak Johor.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stulang, Andrew Chen Kah Eng berkata, operasi di BSI kini berjalan lancar selepas kaunter sedia ada digabungkan bagi melancarkan aliran trafik terutama pada waktu puncak dan hujung minggu.
Iklan
Iklan
"Hasil pemantauan saya mendapati gabungan kaunter itu berjalan lancar dan mesra pengguna sejak 31 Ogos yang lalu.
"Penggabungan tersebut melibatkan tiga urusan sedia ada iaitu urusan imigresen, pembayaran toll (PLUS) dan urusan caj jalan raya untuk kereta Singapura (MOT)," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Iklan
Menurutnya, projek berkenaan mula diteliti pada 2018 semasa beliau menyandang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Petugas Khas di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ), BSI.
Katanya, penambahbaikan itu amat memerlukan kerjasama dan koordinasi antaranya melibatkan Jabatan Imigresen (JIM); Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ); Jabatan Kerja Raya (JKR); Lembaga Lebuh Raya (LLR) serta pihak pengurusan bangunan dan fasiliti BSI.
Iklan
"Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penambahbaikan ini.
"Saya berharap dengan perubahan yang dibawa ini, dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas dan waktu menunggu bagi pengguna jalan raya antara Malaysia dan Singapura," katanya.
Sebelum ini ujar beliau, kedudukan semasa kaunter yang dipisahkan sejauh empat meter menyebabkan pengguna perlu berhenti dua kali dan menambah waktu perjalanan dan kesesakan semasa pemeriksaan di BSI.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.