'Tak sanggup terputus bekalan makanan'
Iklan
Keadaan jalan menuju ke Kampung Salinatan yang terjejas akibat tanah runtuh sebelum ini dan dibimbangi akan berlaku runtuhan lagi.
NABAWAN - Penduduk di Pensiangan di sini bimbang runtuhan tanah berterusan apabila hujan dan menyukarkan mereka keluar dari kampung bagi mendapatkan bekalan makanan.
Ketua Anak Negeri Mukim Pensiangan, Atar Andipoh berkata, setakat ini laluan masuk ke Kampung Salinatan belum boleh digunakan kerana kerja-kerja pembaikan jalan tidak dapat dijalankan disebabkan hujan berterusan.
Iklan
Iklan
"Sejak kejadian tanah runtuh tempoh hari sehingga kini cuaca masih kurang baik, hujan berterusan akan menyebabkan kerja pembersihan di laluan yang terjejas sukar dilakukan dan mungkin akan berlaku runtuhan semula.
"Penduduk juga bimbang akan berlaku banjir besar jika hujan berterusan dan menyebabkan limpahan dari Sungai Saliu dan Sungai Tagol di sini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.
Iklan
Atar Andipoh
Mengulas lanjut, Atar berkata, setakat ini penduduk dari Kampung Salinatan hanya bergantung dengan laluan sungai untuk keluar ke Pensiangan.
"Sekarang ini kami terpaksa menggunakan bot untuk ke Pensiangan tetapi bukan semua penduduk kampung mampu keluar.
Iklan
"Jadi setakat ini kebanyakkan mereka terpaksa bertahan dengan bantuan diberikan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyalurkan bekalan makanan pada 12 September lalu," katanya.
Tambah Atar lagi, pihaknya telah melakukan tinjauan susulan kejadian tanah runtuh yang berlaku dan mendapati lebih 10 kampung atau lebih 1,000 penduduk yang terjejas dipercayai terputus bekalan makanan.
"Saya sudah membuat permohonan membabitkan lebih 200 keluarga bagi mendapatkan bantuan bekalan makanan daripada Jabatan Kebajikan dan perkara itu sedang diusahakan.
"Setakat ini antara kampung disenaraikan dalam permohonan supaya ialah Kampung Saliliran, Kampug Sibangali, Kampung Simohong, Kampung Babayasing, Kampung Siatu, Kampung Dubolon, Kampung Sinapar, Kampung Mambo, Kampung Sakali, Kampung Sumbai, Kampung Siwalor, Kampung Lirung dan Kampung Sikalabahan," jelasnya.
Sebelum itu, Atar turut memaklumkan akses telekomunikasi di perkampungan mereka yang terhad menyebabkannya sukar untuk mendapatkan dan menyalurkan maklumat.
Sebelum itu, Sinar Harian pada Sabtu lalu melaporkan lebih 300 penduduk mendiami empat perkampungan di Pensiangan, terputus bekalan makanan hampir seminggu berikutan laluan utama ke kawasan itu tidak boleh dilalui akibat tanah runtuh pada 5 September.
Bagaimanapun, usaha sekumpulan NGO daripada Forces of Love (FOL) dan pasukan bomba meredah laluan yang mencabar selama 18 jam tempoh perjalanan berjaya menyalurkan sebanyak 2.3 tan kepada penduduk yang terlibat.
Perbuatan sekumpulan individu yang melakukan aktiviti seperti berzikir di kawasan tanah perkuburan pada tengah malam di Sandakan, yang tular di media sosial baru-baru ini, boleh diwartakan sebagai ajaran sesat sekiranya didapati menyalahi ajaran Islam, lapor wartawan Sinar Harian,
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Exco Agama, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, siasatan berhubung tindakan kumpulan individu terbabit sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), dan mereka yang terlibat telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762544/edisi/sabah-sarawak/zikir-di-tanah-kubur-boleh-diwarta-sesat-jika-menyalahi-ajaran-islam---mohd-arifin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.