Kek aiskrim dan keju

Iklan
Pengusaha kek Farah Nurul Asyikin Mohamad Sukri menyediakan tempahan kek aiskrim dan keju yang telah ditempah oleh pelanggannya.

Biarpun masih 'hijau' dalam bidang pembuatan kek kerana baru memasuki tahun ketiga, anak kelahiran Ampang, Selangor berusia 28 tahun ini optimis dan terus gigih mencari peluang dengan memasarkan produk keluarannya menerusi label Therapeucake.co.