MELAKA - Pengusaha Bahulu Bakar Tembaga Melaka, Nurul Syamimi Iskandar Nor melakukan proses pembungkusan bahulu yang telah siap dibakar ketika ditemui di kedainya di Jalan Pokok Mangga, baru-baru ini.
Perniagaan berkenaan diusahakan bersama suami, Hassan Faisal Sayujan bagi menyambung legasi pembuatan bahulu bakar yang menggunakan sabut kelapa dan acuan tembaga warisan keluarga mereka. - Bernama