Ilmu pertukangan perahu warisan bapa

Iklan

DUNGUN - Pada usia 69 tahun, Tengku Ibrahim Tengku Jaafar masih tekun meneruskan seni pertukangan perahu secara tradisional yang diwarisi lebih lima dekad lepas di Kampung Shukor, Hulu Dungun di sini.

Lelaki warga emas itu berkata, kemahiran membuat perahu itu dipelajari daripada bapanya ketika berusia 17 tahun dan kekal mengusahakan pertukangan tradisional yang dicintainya hingga kini.

Iklan
Iklan

Tengku Ibrahim berkata, kebanyakan perahu yang dihasilkannya adalah jenis timba yang diperbuat daripada kayu keras seperti meranti, seraya, merbau dan nyatoh bagi memastikan perahu berkenaan tahan lasak serta dapat digunakan dalam tempoh yang lama. - Bernama