Jumlah kematian akibat banjir di Libya catat lebih 11,000 - PBB
Iklan
BENGHAZI - Jumlah kematian ekoran banjir besar di Libya meningkat kepada kira-kira 11,300 dan bandar Darna dilaporkan paling terjejas teruk, kata Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA), lapor dpa.
OCHA berkata 10,100 lagi masih hilang di Derna, manakala dianggarkan 170 orang lagi terbunuh di beberapa kawasan lain di timur Libya.