Tiada permohonan murid antarabangsa ke SMPC ditolak bagi tempoh Jun-Ogos
Iklan
Kementerian Pendidikan Malaysia - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Tiada sebarang surat penolakan dikeluarkan bagi mana-mana permohonan pengambilan murid antarabangsa di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) bagi tempoh Jun hingga Ogos 2023.
Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan Bahagian Pendidikan Swasta telah menerima sebanyak 25 permohonan kemasukan murid antarabangsa dalam tempoh sama, dan kesemua permohonan tersebut dalam penelitian, selain sekolah terlibat telah dimaklumkan mengenainya.
Iklan
Iklan
"Penelitian menyeluruh perlu dilakukan kerana ia melibatkan Dasar Pengoperasian SMPC yang sedang dalam proses semakan,” menurut kenyataan kementerian itu pada Sabtu
Menurut KPM, kemasukan murid antarabangsa sentiasa dialu-alukan selaras dengan hasrat menjadikan negara sebagai hab pendidikan antarabangsa dan dalam masa yang sama KPM bertanggungjawab memastikan setiap prosedur yang ditetapkan dipatuhi.
Iklan
Baru-baru ini, media melaporkan dakwaan terdapat kira-kira 28 permohonan pengambilan murid antarabangsa di sebuah SMPC di Perak telah ditolak. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sebelum ini beliau dibuang dan diturunkan, kita yang pulihkan dia - PM"><meta itemprop="description" content=""Beliau sebelum ini, dalam pentadbiran lalu telah dibuang dan diturunkan... Kita yang pulihkan dia kerana prestasinya."
Kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai tindakan terhadap Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain yang diutarakan oleh Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim pada persidangan Dewan Rakyat, di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, pada Selasa.
Menurutnya, tindakan yang dikenakan terhadap Shuhaily tidak sepatutnya dianggap sebagai kontroversi politik kerana sebarang dakwaan salah laku perlu melalui proses undang-undang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803059/berita/nasional/prestasi-baik-atau-jasa-seseorang-pegawai-tidak-boleh-dijadikan-alasan-mengetepikan-siasatan-ndash-anwar
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #pm #isuShuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T05:36:24.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P235S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt1pxq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt1pxq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt1pxq"></script>