Kek Lapis Sarawak

Iklan

Pengusaha Kek Lapis Sarawak Siti Nordiana Daud, 32, menyusun sebahagian kek lapis yang dijual ketika ditemui di Jalan Atas Banggol, Kota Bharu, baru-baru ini.

Siti Nordiana yang berasal dari Samariang, Kuching memulakan perniagaan kek lapis secara kecil-kecilan dari kuarters kediaman dengan modal RM300 yang dipinjam daripada ibunya.

Iklan
Iklan

Lima tahun berselang, jauh di seberang Laut China Selatan kek lapis di bawah jenama 'Rasa Lapis' hasil air tangan Siti Nordiana semakin dikenali ramai, kisah kejayaan yang bermula daripada rasa rindu dan juga hasrat mahu lebih ramai rakyat Malaysia merasai keenakan sajian yang amat terkenal di Bumi Kenyalang itu. - Foto Bernama