Sultan Ibrahim berkenan terima menghadap Wan Junaidi
Iklan
Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Wan Junaidi di Istana Bukit Serene. - Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan menerima menghadap Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Puan Sri Fauziah Mohd Sanusi.
Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, dengan beberapa foto mengenai pertemuan itu turut dikongsi di platform media sosial itu.
Iklan
Iklan
Berangkat sama dalam pertemuan itu, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah sejurus baginda selamat berangkat tiba di sini dari Ipoh.
Mengikut hantaran tersebut, pertemuan yang berlangsung hampir sejam itu, diadakan di Istana Bukit Serene di sini, membincangkan pelbagai perkara sebelum tetamu kehormat berkenaan diraikan dalam satu majlis santapan tengah hari.
Iklan
Turut hadir, Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Nur Jazlan Mohamed; Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) itu dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang ke-19 pada Jun lepas. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>