Gempa bumi 5.3 magnitud landa Iraq

Iklan

BAGHDAD - Gempa bumi berukuran 5.3 magnitud dilapor melanda Iraq hari ini.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa bumi berlaku 71 kilometer di tenggara Sulaimaniya pada kedalaman 10 kilometer.

Iklan
Iklan

Namun tiada kecederaan atau kerosakan diterima pasukan perubatan tempatan dan pihak berkuasa. - Agensi