Puluhan delegasi keluar dewan ketika Netanyahu berucap di PBB

Iklan
Netanyahu ketika berucap Perhimpunan Agung PBB di New York pada Khamis. - FOTO: AFP

NEW YORK - Puluhan delegasi meninggalkan dewan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini ketika Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, memulakan ucapannya pada Khamis.

Netanyahu mempertahankan tindakan ketenteraan Israel di rantau itu dalam ucapan kira-kira 40 minit, ketika negaranya berdepan kritikan antarabangsa yang semakin meningkat berhubung perang di Gaza. 

Iklan
Iklan

Beliau mendakwa Israel sedang berjuang di tujuh medan.

Ucapan itu disiarkan secara langsung pada waktu perdana oleh empat saluran televisyen utama Israel, menjelang pilihan raya umum negara itu pada 27 Oktober. 

Iklan

Tinjauan pendapat menunjukkan blok Netanyahu ketinggalan berbanding pesaingnya.

Ketika berucap, Netanyahu menunjukkan sebuah alat kelui sebagai rujukan kepada serangan terhadap anggota Hezbollah di Lubnan. 

Iklan

Beliau turut menunjukkan peranti internet satelit Starlink sambil menyentuh mengenai Iran.

Di luar ibu pejabat PBB, beberapa ratus penunjuk perasaan berkumpul dan melaungkan desakan supaya Amerika Syarikat (AS) menghentikan sokongan senjata kepada Israel. 

Polis turut menahan sebahagian penunjuk perasaan yang menghalang lalu lintas.

Lawatan singkat Netanyahu ke AS untuk menghadiri Perhimpunan Agung PBB kali ini tidak disertai pertemuan yang dirancang dengan Presiden Donald Trump, walaupun beliau memuji Trump dalam ucapannya. - Awani