'Selamat datang bidadariku' - Serena

Iklan
Serena bersama ahli keluarga baharunya.

BINTANG tenis dunia, Serena Williams yang melahirkan anak keduanya, seorang bayi perempuan bernama Adira River Ohanian.

Serena bersama suaminya, Alexis Ohanian mengalu-alukan kedatangan ahli keluarga baharu itu dalam siaran media sosial pada Rabu.

"Selamat datang wahai bidadariku yang cantik..," tulis Serena Williams dalam kapsyen video yang disiarkan di TikTok.

Iklan
Iklan

Klip video menunjukkan dia, Ohanian dan anak perempuan mereka Olympia berusia empat tahun memeluk bayi yang baru lahir itu.

"Ya, saya amat bersyukur untuk berkongsi kegembiraan yang rumah kami diwarnai dengan kasih sayang.

Iklan

Terdahulu juara Grand Slam 23 kali itu, berkata dia mula berkembang jauh daripada arena tenis selepas Terbuka Amerika Syarikat (AS) tahun lalu, mengesahkan semasa Met Gala di New York pada Mei bahawa dia mengharapkan bayi nombor dua.

Pengumuman itu secara tidak langsung memberi bayangan berkemungkinan jaguh tenis berusia 41 tahun tidak lagi beraksi di arena kompetitif sukan tersebut.

Iklan