Guru bukan opsyen bahasa Inggeris digalakkan ambil MUET

Iklan
Nie Ching (tengah) bersama Kor Ming (dua kiri) meninjau keadaan laluan berbumbung SMK Darul Ridwan, Taiping yang baru dibaik pulih dalam sesi lawatan kerja beliau ke sekolah itu hari ini.

TAIPING - [KEMASKINI] Guru bukan opsyen bahasa Inggeris digalakkan menduduki peperiksaan Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) bagi melayakkan mereka mengajar bahasa berkenaan.

Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata, langkah itu perlu bagi memberi peluang kepada guru berkenaan dibenar mengajar bahasa itu selain perlu mempunyai tahap kelayakan penguasaan minimum C1 dalam kelayakan Common European Framework of Reference for Languages (CEFR).

Iklan
Iklan

Menurutnya, memang hasrat kerajaan memastikan tahap penguasaan bahasa Inggeris di antara guru bahasa berkenaan cukup baik dan sekiranya ada dalam kalangan guru bukan opsyen bahasa Inggeris yang berkelayakan, ia memberi nilai tambah kepada sekolah.

"Kalau kita menggunakan kelayakan CEFR, guru-guru bahasa Inggeris yang mengajar di sekolah rendah dan menengah diwajibkan mencapai tahap penguasaan minimum C1.

Iklan

"Inisiatif ini turut membolehkan kementerian mengenal pasti guru bahasa Inggeris yang benar-benar berkelayakan dan memiliki tahap penguasaan bahasa itu amat baik walaupun mereka sebelum ini mengajar opsyen," katanya kepada media dalam lawatan kerja ke Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Darul Ridwan, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Speaker Parlimen, Nga Kor Ming dan Ahli Parlimen Taiping, Teh Kok Lim.

Iklan

Nie Ching berkata, setakat ini, kementerian hanya menggalakkan guru-guru bahasa Inggeris untuk mengambil peperiksaan MUET dan belum mewajibkannya.

Menurutnya, mana-mana guru bahasa Inggeris didapati mencapai tahap penguasaan bahasa Inggeris kurang memuaskan, kerajaan bersedia memberikan pelbagai kursus dan latihan secara praktikal atau atas talian bagi meningkatkan tahap penguasaan mereka.

NUTP tak setuju guru Bahasa Inggeris duduki Muet