Sistem perundangan Johor istimewa
Iklan
Tengku Putra Haron Aminurrashid Abdul Hamid Jumat.
JOHOR BAHRU - Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 merupakan perlembagaan bertulis yang pertama diwujudkan dalam negara sejak sebelum Persekutuan Malaysia ditubuhkan lagi, Pendukung Perlembagaan Negara dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895, Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Abdul Hamid Jumat.
Katanya, ia memainkan peranan penting kepada sistem perundangan negara dan negeri yang ada di Malaysia."Terdapat perkara-perkara yang tidak terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai contoh pelantikan Menteri Besar yang masih merujuk kepada undang-undang berkenaan.
Iklan
Iklan
"Selain itu, ia turut dijadikan sebagai panduan untuk undang-undang tubuh negeri-negeri lain sebagai contoh Terengganu," katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata, kelebihan tersebut menyebabkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 istimewa malah relevan sehingga ke hari ini. Tengku Putra Haron berkata, meskipun telah beberapa kali melalui beberapa pindaan namun ia diyakini tidak akan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Iklan
"Ia sudah jelas terkandung di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 dan setahu saya ia tidak bercanggah. Namun undang-undang tubuh ini bukanlah al-Quran yang tidak boleh diubah atau diusik.
"Semuanya tertakluk kepada interpretasi pakar undang-undang dan perlembagaan. Jika ada sebarang konflik berat, mungkin ia dibawa ke mahkamah di mana keputusan boleh memihak kepada sesiapa sahaja," katanya.
Iklan
Sehubungan itu, beliau berkata, pemilikan senaskhah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 oleh setiap keluarga dan rakyat Johor amat penting bagi memastikan mereka tidak mudah membuat kesimpulan sendiri dengan berpandukan kata-kata pihak ketiga yang mempunyai kepentingan peribadi.
"Ia penting kepada semua rakyat kerana Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 mengandungi hak-hak kita sebagai rakyat Johor. Selain itu, saya juga sejak dari tahun 2017 sudah cadangkan agar ia diperkenalkan di sekolah.
"Ini kerana melihat kepada contoh sekolah menengah di Amerika Syarikat yang mana pelajar mereka sudah pun didedahkan dengan perlembagaan negara. Sebab itu mereka lebih matang dalam hal dan hak mereka dari rakyat kita di Johor," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sumber air terhad, bomba berdepan cabaran padam kebakaran paya gambut"><meta itemprop="description" content="Tiupan angin kencang, cuaca panas dan sumber air yang terhad menjadi cabaran utama anggota bomba memadam kebakaran hutan paya gambut seluas 51.4 hektar di Jalan Bypass Sebana Cove-Punggai, Pengerang, Kota Tinggi, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Baharuddin Idris berkata, keadaan cuaca kering dan angin kencang ketika ini menyebabkan api berisiko merebak dengan lebih pantas selain menyukarkan operasi pemadaman di kawasan hutan dan paya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793437/edisi/johor/sumber-air-terhad-bomba-berdepan-cabaran-padam-kebakaran-paya-gambut
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bomba #Kebakaran #PayaGambut"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-25T08:14:23.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/dj4GQ1gZKxlN776IX/x1080"><meta itemprop="duration" content="P90S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb0ldlm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb0ldlm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb0ldlm"></script>