Johor peruntuk RM254.3 juta basmi miskin tegar
Iklan
Onn Hafiz
JOHOR BAHRU - Sebanyak RM254.3 juta diperuntukkan oleh kerajaan negeri dan Persekutuan bagi melaksanakan Program-Program Pembasmian Miskin Tegar sepanjang tahun ini di Johor.
Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, atas inisiatif itu, pihaknya dimaklumkan jumlah miskin tegar di negeri ini telah turun daripada 4,378 Ketua Isi Rumah (KIR) pada Mac lepas kepada 3,270 KIR Ogos tahun ini.
Iklan
Iklan
"Hal ini menunjukkan keseriusan serta tekad kerajaan dalam menyelesaikan isu kemiskinan di Johor," katanya dalam hantaran menerusi laman Facebook beliau pada Rabu.
Menurutnya, beberapa langkah turut dibincangkan bagi mencari satu mekanisme baharu yang lebih kondusif dan terancang.
Iklan
Beliau berkata, perbincangan itu melibatkan seluruh jabatan, agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri ini khususnya program keluarga angkat, menyediakan peluang pekerjaan serta memberikan bantuan bersasar.
"Semoga golongan rentan di Johor terus terbela, agar hasrat kerajaan dalam menoktahkan sifar miskin tegar menjelang 2027 akan tercapai," katanya.
Iklan
Menerusi hantaran berasingan, Onn Hafiz berkata, kerja-kerja baik pulih dan menurap jalan raya yang rosak teruk sebelum ini di Taman Impian Emas Skudai di sini, telah mula dilaksanakan dan dijangka siap secara berfasa sehingga Oktober tahun ini.
"Saya sedar dan insaf masih banyak lagi jalan raya yang berlubang dan bertampal-tampal. Ia memerlukan penyelenggaraan yang segera kerana sangat membahayakan keselamatan pengguna.
"Kerajaan negeri akan terus komited untuk menyelesaikan isu jalan raya supaya ia selamat dan selesa untuk kegunaan Bangsa Johor," katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>