Wanita setia kahwini kekasih di penjara

Iklan
Klip video majlis pernikahan pasangan tersebut sudah meraih kira-kira 8.5 juta tontonan di TikTok. - Foto: Agensi

JAMBI - Sebagai bukti keikhlasan cinta, seorang wanita di Indonesia sanggup dikahwinkan bersama pasangannya di sebalik tirai besi.

Rakaman video yang dikongsi kakitangan sebuah penjara di Jambi, Eko Putra menerusi akaun @ko.ptra di TikTok turut menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial yang memuji pengantin perempuan tersebut yang tampil cantik dalam persalinan berwarna putih.

Iklan
Iklan

Beberapa penghuni pusat tahanan itu turut memeriahkan majlis pernikahan bersejarah tersebut yang berlangsung pada 4 Ogos lalu itu.

"Saya berasa sebak melihat kesetiaan pengantin perempuan walaupun pasangannya sedang menjalani hukuman penjara 15 tahun," kata Eko.

Iklan

Menerusi klip tersebut, ibu bapa kedua-dua pasangan mempelai itu juga dilihat mengalirkan air mata kegembiraan kerana majlis itu berjalan lancar.

"Tiada wanita yang mahukan hari bahagia mereka di tempat sedemikian. Tetapi, pengantin perempuan sudah membuktikan tiada apa dapat menghalang percintaan mereka," ujar Eko lagi. - Agensi

Iklan