Gadis Cina luah rasa cinta kepada negara menerusi puisi
Iklan
Hasni (tiga dari kiri) menyampaikan hadiah Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Peringkat Negeri Johor di SMK Parit Betak, Benut. (Gambar kecil: Huey Mei)
PONTIAN - Menjadi satu-satunya peserta bukan Melayu yang menyertai Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Peringkat Negeri Johor, membuatkan Lim Huey Mei, 22, agak gementar.
Namun, Huey Mei yang merupakan guru pelatih di Institut Pendidikan Guru ( IPG ) Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru juga teruja kerana diberikan peluang mendeklamasikan puisi"Rumah Ini Rumah Kita" tulisan Mohamad Khatim Othman.
Iklan
Iklan
Beliau memberitahu penyertaan dalam acara seumpama ini merupakan satu peluang untuknya meraikan kemerdekaan negara selain belajar cara yang betul untuk mendeklamasikan sajak.
"Saya mengambil masa setengah bulan untuk menghafal puisi. Saya juga belajar cara yang betul untuk mendeklamasikan sajak supaya tidak gugup ketika berada di atas pentas.
Iklan
"Ini kali pertama saya menyertai sayembara deklamasi puisi. Saya berbangga kerana dapat menyatakan rasa cinta saya kepada negara menerusi puisi ini," katanya yang berasal dari Melaka.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Kawasan Benut, Datuk Seri Hasni Mohammad.
Iklan
Para peserta Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Peringkat Negeri Johor bergambar kenangan
Turut hadir, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan, Mohd. Riduwan Wahab dan Ketua Satu, Persatuan Penulis Johor ( PPJ ), Amiruddin Md. Ali Hanafiah dan Pegawai Pendidikan Daerah ( PPD ) Pontian, Abdul Rahman Salleh.
Sementara itu, Hasni dalam ucapannya berkata, pembacaan puisi merupakan satu acara yang penting untuk menyuarakan perasaan rakyat negara ini setiap menjelang 31 Ogos.
Katanya, ramai penulis terkenal menjadi tulisan sajak dan puisi mereka sebagai satu cara untuk menyemarakkan semangat patriotik rakyat di negara ini supaya menghargai dan memahami erti kemerdekaan.
"Tahniah kepada pihak-pihak yang menganjurkan acara seperti ini termasuk DBP dan PPJ yang mengadakannya pada setiap tahun menjelang sambutan hari kemerdekaan.
"Saya harap lebih ramai penyajak dapat dilahirkan di negeri Johor bagi meneruskan kesinambungan penulis sebelum ini," katanya.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.