Dua hari siapkan potret Sultan Johor, TMJ
Iklan
Zulkifli mempamerkan dua potret yang dihasilkan. - Foto Kelab Media Johor
KLUANG - Seorang pelukis mengambil masa kira-kira dua hari untuk menyiapkan lukisan potret Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail.
Menurut Zulkifli Dahlan,56, idea untuk melakar gambar keluarga Diraja Johor itu timbul selepas dia berpeluang melukis mural di Laman Kembara Paloh di sini sebagai persiapan menyambut kedatangan Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2023 kali ini.
Iklan
Iklan
"Setiap kali KMJ diadakan, setiap kali itulah saya dan Rumah Seni Kluang ada ‘buah’ tangan untuk keluarga Tuanku Sultan Johor.
"Sebelum ini, saya pernah hadiahkan gambar mahkota kepada Sultan Ibrahim, hari ini saya berkesempatan menzahirkan rasa sayang dan kasih kepada keluarga Diraja Johor dengan menyerahkan potret Tunku Ismail kepada TMJ,” katanya ketika ditemui di sini, pada Ahad.
Iklan
Laman Kembara Paloh merupakan lokasi kedua persinggahan jelajah KMJ 2023 yang diketuai Tunku Ismail menyantuni rakyat di daerah Kluang.
Zulkifli yang juga bapa kepada enam cahaya mata merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.
Iklan
Ujarnya, dia sudah berkecimpong dalam dunia seni secara profesional lebih 30 tahun.
"Saya sejak bangku sekolah rendah lagi dan untuk rekod lebih 1,000 lukisan sudah saya hasilkan termasuk lukisan mural di dinding-dinding bangunan seluruh daerah negeri ini termasuk di Kluang dan Mersing,” katanya.
Terdahulu, rombongan keluarga diraja Johor diketuai Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Iskandar tiba kira-kira pukul 10.50 pagi.
Berangkat sama ialah Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar, Tunku Panglima Johor, Tunku Abd Rahman; Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar serta Datuk Dennis Muhammad Abdullah.
KMJ 2023 yang memasuki edisi ke-23 kali ini, Tunku Ismail buat julung kalimua memimpin jelajah kembara merentasi 10 daerah dengan perjalanan sejauh 879 kilometer yang bermula 5 hingga 8 Ogos.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.