PRN: Nik Abduh tidak dicalonkan
Iklan
Nik Abduh
KOTA BHARU - Teka-teki nasib bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz atau Nik Abduh akhirnya terjawab selepas nama anak kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat itu tidak tersenarai sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.
Perkara itu terjawab selepas nama Nik Mohamad Abduh tidak diumumkan pada Majlis Pengisytiharan Calon Pilihan Raya Umum (PRU) DUN ke-15 Perikatan Nasional (PN) Kelantan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV di sini pada Khamis.
Iklan
Iklan
Nik Baharum
Untuk PRN kali ini, Pas menampilkan Nik Baharum Nik Abdullah iaitu seorang peguam bagi menggantikan penyandang kerusi berkenaan selama dua penggal iaitu Ahmad Fathan Mahmood.
Sebelum ini Majlis Syura Ulamak memaklumkan nama Nik Mohamad Abduh sudah melepasi tapisan untuk dinamakan sebagai calon PRN.
Iklan
Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Nik Mohamad Abduh yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Bachok membuat keputusan untuk tidak mempertahankan kawasan tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN:
Iklan
PRN: Senarai calon PN di Kelantan
PRN: Dua calon wanita taruhan PN-Pas di Kelantan
PRN: Tiada nama Annuar Musa di Kelantan
PRN: Penyandang kerusi DUN Gual Periok sah digugurkan
PRN: Nik Abduh tidak dicalonkan
Pas beri amaran ambil tindakan musuh dalam selimut
'Yakin bulan purnama di Kelantan'
Islamofobia, isu kalimah ALLAH faktor rakyat pilih Pas
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kes mahkamah tidak ganggu persiapan Akmal hadapi PRN"><meta itemprop="description" content="Persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak terjejas bagi Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Salleh walaupun berdepan kes mahkamah yang masih belum selesai selepas menunggu selama setahun.
Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu berkata, tempoh setahun berdepan situasi itu menjadikan dirinya lebih bersedia daripada segi mental untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuk sama ada dapat meneruskan hasrat mempertahankan kerusi yang disandang pada PRN akan datang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801980/berita/politik/kes-mahkamah-tidak-ganggu-persiapan-akmal-hadapi-prn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AkmalSaleh #PRNMelaka"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-26T03:57:11.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gNiyU1gti-eB40mB-/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbr84da"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbr84da"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbr84da"></script>