Dun Sarawak bubar hari ini, beri laluan PRN13
Iklan
DUN Sarawak dibubarkan berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada PRN ke-13.
KUCHING - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan secara rasmi hari ini, sekali gus memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri ke-13 (PRN13).
Pengumuman pembubaran itu dibuat Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Jumaat lepas setelah mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Iklan
Iklan
Selaras dengan Perkara 21(4) Perlembagaan Negeri, PRN hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran berkenaan
Tumpuan kini terarah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menetapkan tarikh mesyuarat khas bagi membincangkan tarikh-tarikh penting PRN13 termasuk penamaan calon dan hari pengundian.
Iklan
Pada 23 Oktober lepas, Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus dilaporkan berkata, tarikh mesyuarat khas itu akan ditentukan sebaik pihaknya menerima pemakluman rasmi pembubaran daripada Speaker DUN Sarawak.
Sementara itu, Abang Johari yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkata, dalam tempoh ini, kerajaan negeri akan melaksanakan tanggungjawab sebagai kerajaan sementara dengan mematuhi segala kehendak dan kelaziman perlembagaan yang berkuat kuasa.
Iklan
Mandat semasa DUN Sarawak yang ketika ini mempunyai 82 kerusi, berakhir pada Februari 2027.
Pada PRN ke-12 yang diadakan 18 Disember 2021, GPS mendapat mandat selepas memenangi 76 daripada 82 kerusi dipertandingkan, manakala Parti Sarawak Bersatu (PSB) memperoleh empat kerusi dan DAP dua.
Bagaimanapun, dinamik politik negeri menyaksikan perubahan selepas PSB dibubarkan pada 2024, yang membawa kepada penyertaan tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu ke dalam Parti Demokratik Progresif (PDP) iaitu satu daripada komponen GPS.
Sementara itu, seorang lagi bekas ADUN PSB See Chee How yang mewakili Batu Lintang, keluar parti dan menjadi ADUN Bebas.
GPS dianggotai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan PDP.- Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kes mahkamah tidak ganggu persiapan Akmal hadapi PRN"><meta itemprop="description" content="Persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak terjejas bagi Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Salleh walaupun berdepan kes mahkamah yang masih belum selesai selepas menunggu selama setahun.
Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu berkata, tempoh setahun berdepan situasi itu menjadikan dirinya lebih bersedia daripada segi mental untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuk sama ada dapat meneruskan hasrat mempertahankan kerusi yang disandang pada PRN akan datang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801980/berita/politik/kes-mahkamah-tidak-ganggu-persiapan-akmal-hadapi-prn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AkmalSaleh #PRNMelaka"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-26T03:57:11.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gNiyU1gti-eB40mB-/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbr84da"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbr84da"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbr84da"></script>