Ahmad ziarah bekas jurugambar hidap gout kronik
Iklan
Ahmad mengunjungi Azlan (berkerusi roda) dan isterinya, Norhaspida di kediaman mereka di Pangsapuri Ladang Tok Pelam pada Selasa.
KUALA TERENGGANU - Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said meluangkan masa menziarahi bekas jurugambar Utusan Malaysia, Azlan Bahrum, 39, yang menghidap penyakit gout kronik.
Ahmad mengunjungi Azlan dan isterinya, Norhaspida Yatim, 37, yang merupakan wartawan Sinar Harian di kediaman mereka di Pangsapuri Ladang Tok Pelam, di sini, pada Selasa.
Iklan
Iklan
Dalam pertemuan itu, Ahmad yang merupakan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal turut berkongsi pengalaman mengalami penyakit yang sama dengan Azlan namun tidak begitu serius.
"Kita harap Azlan akan terus tabah dengan ujian ini. Kami dari pihak UMNO, akan bantu mengikut kesesuaian berdasarkan keperluan semasa," katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Selasa.
Iklan
Sementara itu, Norhaspida berkata, kunjungan Ahmad sangat dihargai kerana dapat memberi sokongan moral kepada mereka sekeluarga.
"Kami sekeluarga tidak berputus asa mendapatkan rawatan bagj mengurangkan kesakitan Azlan dengan pelbagai kaedah serta ikhtiar.
Iklan
"Alhamdulillah, rakan-rakan banyak membantu kami sekeluarga jika diperlukan. Ketika ini, tahap kesihatan suami masih tidak stabil adakalanya sakit teruk sejak Aidiladha lalu.
"Azlan juga tidak boleh menguruskan rutin harian dengan sempurna selain memerlukan bantuan saya serta anak-anak untuk menjaganya dengan rapi," ujarnya.
Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Aqif Rayyan, 10; Awatif Nur Adawiyah, 9, dan Awfiyah Nur Umairah, 7.
Azlan kini tidak mampu bekerja seperti biasa akibat faktor kesihatan dialami.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Bunyi dentuman kuat rupanya bot dirempuh nelayan asing'"><meta itemprop="description" content="'Bunyi dentuman kuat rupanya bot dirempuh nelayan asing'
Lima nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang dinaiki mereka dirempuh sebuah bot lain ketika sedang berlabuh kira-kira 33 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, awal pagi Isnin.
​Tekong bot, Mamat Abdullah, 79, dari Kampung Batin, Kuala Nerus berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi ketika dia bersama empat awak-awak sedang berehat sementara menunggu untuk pulang ke daratan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803090/edisi/terengganu/bunyi-dentuman-kuat-rupanya-bot-dirempuh-nelayan-asing
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #botdirempuh #nelayanasing"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T08:31:55.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P110S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt2pm6"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt2pm6"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt2pm6"></script>