Thailand: Pita sedia beri laluan sekutunya bentuk kerajaan

Iklan
Pita Limjaroenrat

BANGKOK - Calon Perdana Menteri Thailand, Pita Limjaroenrat berkata, beliau bersedia mengundurkan diri dan membenarkan rakan sekutunya iaitu Parti Pheu Thai membentuk kerajaan seterusnya, jika beliau sekali lagi gagal mendapat sokongan yang mencukupi dalam undian pusingan kedua minggu depan.

Dalam sebuah mesej video di media sosial pada Sabtu, Pita berkata, beliau akan memperbaharui pencalonannya apabila Parlimen bersidang semula pada Rabu untuk undian kedua.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, Parti Move Forward (MFP) yang memperoleh kebanyakan kerusi dalam Pilihan Raya Umum pada 14 Mei mempunyai tanggungjawab untuk membentuk kerajaan, namun usaha berkenaaan tidak berjaya.

Dalam sidang kedua pada Rabu depan, MFP juga sedang berusaha meluluskan rang undang-undang untuk mengugurkan kuasa Senat dalam pengundian jawatan perdana menteri.

Iklan

Sementara itu, Pita menggesa penyokong parti untuk membantu"meyakinkan" ahli-ahli Senat bagi menyokongnya dalam pusingan akan datang.

"Saya tidak dapat mengubah fikiran mereka (ahli-ahli Senat). Saya meminta semua orang menyertai misi ini,” katanya.

Iklan

Pada Khamis, Pita gagal memperoleh sokongan lebih separuh daripada 749 ahli Parlimen walaupun menjadi calon tunggal untuk jawatan itu dan beliau berdepan ujian getir mendapatkan 375 undi yang diperlukan.

Beliau sebaliknya hanya mendapat 324 undi manakala 199 berkecuali. Seramai 44 Ahli Parlimen tidak hadir pada persidangan itu. - Bernama