Kerajaan Kedah digesa beri penjelasan isu teroka, kecurian REE
Iklan
Mahdzir
KUALA NERANG - Kerajaan Negeri Kedah perlu memberikan penjelasan terhadap pelbagai persoalan berkaitan isu penerokaan dan kecurian unsur nadir bumi (REE) di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik, yang didakwa masih berlaku susulan penahanan beberapa individu bulan lepas.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kerajaan negeri perlu bertanggungjawab terhadap sebarang kegiatan yang melibatkan sumber asli dan mineral sama ada dilakukan secara haram atau berlesen.
Iklan
Iklan
Mahdzir berkata, tindakan berdiam diri kerajaan negeri dalam isu itu dilihat menimbulkan pelbagai spekulasi termasuk bahawa kegiatan perlombongan di kawasan itu didalangi oleh pihak tertentu.
"Kerajaan negeri perlu ambil tanggungjawab sama ada perlombongan itu dibuat secara haram atau berlesen yang disahkan oleh pejabat tanah dan kalau ada siasatan yang berlaku, saya rasa perlu ada kenyataan daripada kerajaan negeri,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Bakul Makanan Puteri UMNO Kedah di Naka dekat sini pada Jumaat.
Iklan
Semalam, Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh dalam sidang media dilaporkan berkata polis menahan sembilan individu termasuk empat warga Myanmar yang disyaki terlibat dalam penyeludupan pendatang tanpa izin untuk kegiatan perlombongan REE di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik.
Kesemua yang ditahan pada bulan lepas berusia antara 21 hingga 60 tahun, dipercayai bertindak sebagai ejen yang menguruskan kemasukan warga Myanmar yang kemudiannya dieksploitasi menjadi buruh di kawasan perlombongan berkenaan.
Iklan
Beliau turut menggesa kerajaan negeri memberi penjelasan sama ada terdapat syarikat yang telah diberikan lesen untuk melakukan perlombongan itu dan sama ada syarikat itu memenuhi kriteria yang dikehendaki.- Bernama
-- BERNAMA
TAG: Mahdzir, REE, Sik, hutan simpan, kerajaan negeri, Kedah
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.