JAIPk buat semakan segera aduan maahad tahfiz
Iklan
IPOH - Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) akan membuat semakan lanjut aduan pengurusan sebuah maahad tahfiz di Langkap, Teluk Intan berhubung pembinaan rumah di hadapan pintu masuk sekolah itu sejak bulan lalu.
Pengarah JAIPk, Harith Fadzilah Abdul Halim berkata, maklumat terperinci diperlukan sebelum tindakan lanjut dapat diambil bagi menyelesaikan isu berkenaan.