405 mangsa kes keganasan rumah tangga di Perak
Iklan
Salbiah (dua dari kiri) membuat pelepasan peserta Orange Run 2026 sempena Kempen Hentikan Keganasan Terhadap Wanita Peringkat Negeri Perak 2026 di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz di sini pada Sabtu.
IPOH - Sebanyak 405 kes keganasan rumah tangga melibatkan mangsa lelaki dan wanita direkodkan di Perak bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini.
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu menunjukkan terdapat peningkatan kes berkenaan di negeri ini.
Iklan
Iklan
Menurutnya, peningkatan berkenaan mungkin didorong kesedaran masyarakat yang semakin meningkat sehingga lebih ramai mangsa tampil membuat laporan.
Salbiah (tiga dari kanan) menyempurnakan perasmian Orange Run 2026 sempena Kempen Hentikan Keganasan Terhadap Wanita Peringkat Negeri Perak 2026 di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz di sini pada Sabtu.
Iklan
"Walaupun lelaki tidak ramai menjadi mangsa namun kes melibatkan golongan itu turut berlaku," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Orange Run 2026 sempena Kempen Hentikan Keganasan Terhadap Wanita Peringkat Negeri Perak 2026 di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz di sini pada Sabtu.
Iklan
Salbiah berkata, keganasan rumah tangga bukan hanya melibatkan penderaan fizikal dan seksual sebaliknya turut merangkumi penderaan mental, tekanan emosi serta keganasan berbentuk kewangan.
Menurutnya, tindakan mengabaikan tanggungjawab memberi nafkah kepada isteri juga boleh dikategorikan sebagai satu bentuk keganasan.
"Keganasan ini ada beberapa bentuk, antaranya mental, fizikal dan kewangan. Tekanan emosi serta pelbagai tindakan yang dilakukan untuk menjatuhkan seseorang juga merupakan satu bentuk keganasan.
"Begitu juga dari segi fizikal termasuk penderaan dan keganasan seksual," katanya.
Beliau berkata, masih terdapat mangsa khususnya wanita yang takut untuk melaporkan kejadian keganasan rumah tangga kerana menganggap perkara itu sebagai aib keluarga.
Katanya, keadaan lebih membimbangkan apabila mangsa yang bergantung kepada pasangan sebagai sumber pendapatan utama bimbang keselamatan diri dan keluarga terancam sekiranya mengambil tindakan.
Sehubungan itu, Salbiah berkata, kempen kesedaran perlu terus diperluaskan bagi memastikan wanita mengetahui hak mereka serta saluran bantuan yang boleh dihubungi sekiranya berdepan keganasan.
Katanya, mangsa boleh mendapatkan bantuan melalui Talian Kasih 15999 yang disediakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Beliau turut menggesa masyarakat supaya tidak menganggap tindakan melaporkan kejadian keganasan sebagai mencampuri urusan orang lain, sebaliknya memainkan peranan membantu mangsa.
"Kalau kita tahu ada individu yang didera, masyarakat perlu cakna dan membantu membuat laporan.
"Ini bukan soal mengambil tahu hal orang lain tetapi apabila ia memberi kesan kepada individu dan masyarakat kita perlu bersama-sama membantu," katanya.
Lebih membanggakan, kejayaan penyelidikan yang dilaksanakan di perairan negeri ini bukan sahaja membolehkan bekalan benih kerang diperoleh sepanjang tahun, malah memendekkan tempoh penternakan kepada sekitar lima ke enam bulan bagi satu kitaran pengeluaran.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802681/edisi/perak/benih-kerang-tidak-putus-potensi-perak-jadi-pusat-pembiakan-terbaik-dunia
Muzik: Neptune- Spotlight dari bensoud.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.