Dua lelaki, seorang wanita ditahan curi kabel elektrik

Iklan
Peralatan dirampas disyaki digunakan suspek untuk melakukan jenayah curi kabel di Iskandar Puteri.- Foto Polis Iskandar Puteri

ISKANDAR PUTERI - Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita dipercayai terlibat mencuri kabel elektrik di kawasan Teega Suites Puteri Harbour di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, kesemua suspek berusia lingkungan 30 tahun itu ditahan di sekitar Kulai dan Iskandar Puteri antara jam 12.15 pagi hingga 3.10 pagi.

Iklan
Iklan

"Bertindak atas maklumat dan hasil risikan, kesemua suspek ditahan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri.

Menurut Rahmat, dua suspek lelaki didapati positif dadah dan salah seorang daripadanya dikehendaki polis berkait kes narkotik.

Iklan

Manakala, suspek wanita merupakan orang yang dikehendaki dalam kes jenayah komersial.

Ekoran daripada penahanan suspek, pihak polis telah membuat beberapa rampasan. Kesemua suspek kini ditahan reman selamat empat hari bermula Khamis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 431A Kanun Keseksaan," katanya.

Iklan