Majikan, tiga etnik Rohingya direman kes bunuh

Iklan
Seorang majikan bersama tiga etnik Rohingya termasuk wanita direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes bunuh melibatkan lelaki etnik berkenaan yang berusia 18 tahun dalam kejadian di sebuah rumah kongsi di Kampung Pak Boh di Kota Bharu. Foto: SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN

KOTA BHARU - Seorang majikan bersama tiga etnik Rohingya termasuk wanita direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes bunuh melibatkan lelaki etnik berkenaan yang berusia 18 tahun dalam kejadian di sebuah rumah kongsi di Kampung Pak Boh di sini.

Perintah reman terhadap keempat-empat suspek berusia antara 25 hingga 40 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Fakhrul Razzi Abd Hamid di Mahkamah Majistret Kota Bharu pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Kesemua suspek direman bermula Ahad bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Empat suspek itu terdiri daripada seorang majikan lelaki tempatan, dua pekerja buruh binaan lelaki etnik Rohingya dan seorang wanita etnik Rohingya.

Iklan

Difahamkan majikan terbabit bersama seorang suspek lelaki ditahan di Kota Bharu.

Sementara itu, dua lagi suspek termasuk seorang wanita ditahan di Selising, Pasir Puteh.

Iklan

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam pada Jumaat, mangsa ditemukan maut di dalam sebuah rumah kongsi yang terletak di hadapan Tanah Perkuburan Islam Taman Desa Kujib, Kampung Pak Boh.

Mangsa dipercayai mengalami kecederaan di bahagian leher akibat diserang menggunakan objek tajam sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mangsa juga dipercayai merupakan rakan sekerja kepada suspek dan motif kejadian masih dalam siasatan.