Projek HSA2: Johor wujud jawatankuasa khas bersama Mindef
Iklan
Onn Hafiz (tengah) mengadakan pertemuan dengan Mohamad di Pejabat Kementerian Pertahanan, Putrajaya pada Rabu.
JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri akan mewujudkan satu jawatankuasa khas bersama Kementerian Pertahanan (Mindef) berkenaan pelaksanaan projek Hospital Sultanah Aminah 2 (HSA2) di daerah ini.
Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, jawatankuasa itu dibentuk bagi meneliti cadangan pembinaan HSA2 dalam satu kawasan tanah milik kementerian tersebut di bandar raya ini.
Iklan
Iklan
Menurut beliau, hasrat kerajaan negeri itu telah mendapat sokongan baik daripada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan.
"Pembinaan HSA2 amat penting kerana ia mampu mengurangkan kebergantungan serta kesesakan di Hospital Sultanah Aminah sedia ada.
Iklan
"Pelbagai perkara telah dipersetujui dan satu jawatankuasa khas akan dibentuk bagi memperhalusi cadangan ini dengan lebih lanjut agar dapat merangka pelan yang tersusun.
"Isu-isu hal ehwal keselamatan dan pertahanan negeri Johor juga amat mustahak, terutamanya isu keselamatan sempadan negeri dan perkara ini telah dibincangkan bersama," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan pada Khamis selepas mengadakan pertemuan dengan Mohamad di Kementerian Pertahanan di Putrajaya pada Rabu.
Turut hadir, Exco Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon; Pengarah Tanah dan Galian Johor, Datuk Ashari Kasnan dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Dr Mohtar Pungut.
Tambah Onn Hafiz, pihaknya berharap kerjasama antara kerajaan Johor dan pusat akan beri impak positif kepada kualiti hidup rakyat Johor, seterusnya mampu mengangkat negeri itu sebagai sebuah negeri yang maju.
Terdahulu, Tian Soon dilaporkan memberitahu, kerajaan negeri sedang mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pertahanan berhubung isu pengambilan tanah milik Kementerian Pertahanan bagi pembinaan hospital awam baharu di Johor Bahru.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.