Tapisan ketat punca pelantikan ketua kampung lewat

Iklan
Mohd Zolkafly

IPOH - Saringan teliti yang dibuat oleh kerajaan negeri Perak antara sebab berlaku kelewatan pelantikan ketua kampung di negeri ini.

Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, beberapa kriteria perlu diperhalusi bagi setiap calon yang dinamakan oleh parti-parti di dalam Kerajaan Perpaduan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, antara perkara utama termasuklah calon perlu bebas dari sebarang pendakwaan mahkamah, tidak muflis dan mempunyai kredibiliti memimpin kampung berkenaan.

"Sebenarnya tidak semudah apa yang dikatakan oleh netizen mengenai pelantikan ketua kampung ini, banyak kerja dan kriteria yang perlu dipatuhi oleh ketua-ketua parti dalam Kerajaan Perpaduan di Perak.

Iklan

"Lebih penting ialah cadangan nama ketua kampung itu mesti orang yang ada kredibiliti dan kepimpinan yang boleh diterima oleh masyarakat di kampung-kampung berkenaan," katanya kepada pemberita ketika sidang akhbar di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini pada Isnin.

Mohd Zolkafly berkata, calon-calon ketua kampung juga mestilah berusia dalam lingkungan 18 hingga 65 tahun dan perlu bermastautin di kampung yang berdekatan.

Iklan

Menurutnya, kelewatan lantikan itu juga turut mengambil kira pengalaman formula sebelum ini melibatkan tiga wakil parti bagi setiap kampung.

"Wakil-wakil Kampung terdiri daripada tiga orang ini memberikan masalah bagi menguruskan mentadbir kampung. Satu kampung, satu ketua lebih mudah," katanya.

Sementara itu, beliau menjelaskan kesemua lantikan melibatkan 828 kampung di Perak dijangka akan diselesaikan pada penghujung bulai Julai ini.

Jelasnya, sehingga kini terdapat 390 ketua kampung yang telah selesai dilantik menerusi tiga fasa lantikan dan sudah memulakan tugas.