Orang asli di Hulu Perak sedia pertahan hutan
Iklan
Sekatan yang dibina orang asli di Tasik Cunex, Gerik kelmarin.
GERIK - Masyarakat orang asli yang tinggal berhampiran Hutan Simpan Air Chepam Hulu Perak sedia mempertahankan hutan dan tanah adat mereka daripada terus menerus diceroboh melalui aktiviti pembalakan.
Tok Batin Komuniti Kampung Tasik Cunex, Roslan Itam berkata, aktiviti pembalakan telah lama berlaku di kawasan berkenaan iaitu sejak tahun 1979 dan masyarakatnya mula menerima kesan dari segi kekurangan mata pencarian serta hasil hutan.
Iklan
Iklan
"Bila berlaku pembalakan kami terasa kuranglah hasil hutan yang boleh dibawa balik. Haiwan pun kurang. Babi, monyet, beruk, seladang pun dah kurang. Memang terasa betul kesannya,” kata beliau.
"Sebab tu kita buat sekatan, mula-mula di Cinaweng kemudian di Tasik Cunex dan kini di Sungai Papan. Kita tak nak orang masuk buat pembalakan,” katanya kelmarin.
Iklan
Menurutnya, beberapa hari sebelum ini sekatan di Tasik Cunex telah dirobohkan pada waktu awal pagi oleh pembalak dan banyak lori syarikat balak memasuki kawasan pembalakan.
"Kita dirikan semula sekatan bagi menghalang sebuah lori yang sarat muatan balak melepasi kawasan tanah adat kita,” katanya.
Iklan
Bagi seorang penduduk Sungai Papan, Anjang Alush, 30, dia berasa kesal apabila orang yang melakukan aktiviti pembalakan membelakangkan nasib orang asli di penempatan berkenaan.
"Dia ingat kami orang asli tinggal dalam hutan tak tahu apa-apa, jadi mereka tak bincang apa-apa. Kita dirikan sekatan betul-betul di depan papan tanda dilarang masuk hutan simpan kekal.
"Jalan ini juga jadi laluan masuk aktiviti pembalakan. Itu yang kita masyarakat di sini tak faham tu apa maksud hutan simpan kekal tapi ada aktiviti pembalakan,” katanya.
Sinar Harian 25 Februari lalu melaporkan, bantahan penduduk berhubung aktiviti pembalakan seluas 80 hektar yang telah mendapat kelulusan kerajaan negeri di kawasan hutan simpan yang didakwa sebagai kawasan tanah adat mereka.
Masyarakat orang asli menggesa bantuan kerajaan Persekutuan mengambil tindakan serupa menyaman kerajaan negeri seperti mana di penempatan orang asli Gua Musang, Kelantan yang turut berlaku aktiviti pembalakan dan sekatan didirikan.
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah telah melaksanakan prosedur ditetapkan serta mengadakan perbincangan bersama keluarga mangsa berhubung kes buli serta dakwaan murid dipukul guru yang berlaku di Chemor dan Pengkalan Hulu.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, kedua-dua kes berkenaan bagaimanapun diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut susulan laporan yang dibuat pihak terbabit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799864/edisi/perak/kes-buli-dakwaan-murid-dipukul-guru-ppd-laksana-prosedur-ditetapkan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.