Sarjan ditemui mati di IPD Rembau
Iklan
REMBAU - Seorang anggota polis berpangkat sarjan ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala di Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau pada Sabtu.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, mangsa berusia 58 tahun itu ditemui jam 6.30 petang di sebuah bilik di Bahagian Siasatan Jenayah IPD berkenaan.