Campur tangan BNM bantu pacu ringgit biarpun dolar AS meningkat
Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF
RINGGIT diniagakan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat ketika langkah campur tangan Bank Negara Malaysia (BNM) ternyata membantu biarpun dolar AS terus meningkat berbanding mata wang utama lain.
Pada 6 petang, ringgit mengakhiri urus niaga di paras 4.6635/6705 berbanding dolar AS pada 4.6705/6740 yang dicatatkan pada Rabu lepas.
Iklan
Iklan
Pasaran ditutup pada Khamis bersempena cuti umum Aidiladha.
Sementara itu, Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata keadaan masih kurang jelas untuk menganalisis pasaran tukaran asing di tengah-tengah kekukuhan ringgit yang ketara pada hari ini.
Iklan
"BNM berkemungkinan besar telah melaksanakan jualan hadapan dolar AS sepertimana yang pernah dilakukan sebelum ini. Atau mungkin (disusuli dengan) bank pusat itu bertindak menaikkan kadar faedah untuk membolehkan mata wang tersebut mengelak sebarang inflasi yang diimport,” katanya kepada Bernama.
Innes berkata, walaupun kemungkinan tersebut belum dilihat, namun kalangan pengeksport menjangkakan keadaan itu ini hanya menunggu masa untuk berlaku.
Iklan
"Ini berikutan keadaan atau prestasi saham Malaysia (dan ringgit) yang sememangnya dinilai lebih rendah berbanding di luar negara,” katanya.
Pada masa sama, Innes mengunjurkan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan turut bertindak mengubah strategi dengan menambah pelaburan dalam aset-aset tempatan atau menjual beberapa aset asingnya, sekali gus dapat mencetuskan minat terhadap ringgit.
Pada 27 Jun lepas, BNM menyatakan bahawa mengikut mandatnya, bank pusat itu akan campur tangan dalam pasaran pertukaran asing untuk membendung pergerakan mata wang yang dianggap sebagai berlebihan.
Penolong Gabenor BNM, Adnan Zaylani berkata, walaupun nilai ringgit akan terus ditentukan oleh pasaran, BNM menjangkakan langkah-langkah yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan untuk terus mengukuhkan ekonomi akan membantu dalam memastikan ringgit mencerminkan asas-asas negara dengan lebih baik.
Sewaktu pasaran ditutup hari ini, ringgit diniagakan tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.2220/2273 daripada 3.2427/2454; mengukuh berbanding euro kepada 5.0571/0647 daripada 5.1128/1166 dan naik berbanding pound Britain pada 5.8923/9012 daripada 5.9292/9336, sebelum ini
Dalam pada itu, ringgit mencatat prestasi bercampur-campur berbanding mata wang Asean.
Unit tempatan itu naik berbanding dolar Singapura pada 3.4376/4431 daripada 3.4550/4581 dan meningkat berbanding rupiah Indonesia pada 309.5/310.1 daripada 311.4/311.9.
Ringgit bagaimanapun tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.44/8.46 daripada 8.45/8.46 dan rendah berbanding baht Thailand kepada 13.1529/1786 daripada 13.1054/1211. - Bernama
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.