Exco, Menteri Besar Kedah serah kenderaan rasmi
Iklan
Muhammad Sanusi bersama barisan Exco kerajaan negeri bergambar di hadapan kenderaan rasmi selepas majlis penyerahan kunci di Wisma Darul Aman di sini pada Rabu.
ALOR SETAR - [DIKEMAS KINI] Exco kerajaan negeri Kedah termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyerahkan kenderaan rasmi masing-masing berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, pada Rabu.
Muhammad Sanusi berkata, penyerahan kenderaan rasmi itu merupakan satu usaha bagi mengajak semua pihak untuk menjalankan proses demokrasi dengan betul.
Iklan
Iklan
Katanya, barisan Exco dan dirinya sendiri akan menggunakan kenderaan peribadi bagi menghadiri mesyuarat Exco serta menjalankan tugas-tugas sedia ada hingga berlangsung Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.
"Banyak program dalam tempoh pembubaran sehingga tempoh pilihan raya adalah program kempen, kita nak elak daripada dikatakan menggunakan kenderaan kerajaan untuk kempen parti politik, maka kita buat penyerahan," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan kenderaan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Wisma Darul Aman pada Rabu.
Iklan
Menurutnya, tindakan itu lebih baik dan selamat kerana ramai pihak sekarang gemar bercakap perkara tidak betul serta di luar konteks.
"Langkah ini saya yakin tak akan dapat pujian pun kerana tindakan ini sesuatu yang betul untuk dilakukan. Benda betul jarang di cakap di zaman fitnah tetapi tak mengapalah dan kita turut mengajak rakan-rakan dari parti lain untuk tak gunakan aset kerajaan untuk berkempen sepanjang PRN," katanya.
Iklan
Muhammad Sanusi berkata, beliau dalam masa yang sama telah meneliti garis panduan dibuat Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Nik Azhan Hakim Nik Mahmood berkenaan kerajaan interim yang masih menguruskan pentadbiran negeri selepas DUN dibubarkan.
"Mesyuarat Exco masih berjalan untuk memutuskan beberapa perkara malah rutin kerajaan masih boleh dilaksanakan. Cumanya dasar baharu melibatkan kewangan tidak boleh dibuat," katanya.
Dalam pada itu, turut berlangsung sesi penyerahan watikah pembubaran Dewan Undangan Negeri DUN Kedah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri dalam satu majlis ringkas di Pejabat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri, Wisma Darul Aman.
Penyerahan watikah tersebut disempurnakan Setiausaha DUN Kedah, Mohamad Azlee Ahmad kepada Pengarah SPR negeri, Aldrina @ Mimi O.P Andu yang hadir ke pejabat berkenaan.
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.