Buang sampah di lokasi tersorok
Iklan
Laluan tersorok menjadi lokasi pembuangan sampah haram di kawasan Alam Jaya.
PUNCAK ALAM - Aktiviti pembuangan sisa buangan domestik dan pukal di kawasan tersorok di Alam Jaya dan Bandar Puncak Alam menimbulkan kebimbangan penduduk.
Lebih membahayakan, lori yang membawa muatan berlebihan turut membahayakan keselamatan penduduk terutamanya pelajar sekolah pada waktu puncak.
Iklan
Iklan
Jurucakap Responds Team Bandar Puncak Alam (BPA), Kamarulzaiki Kamarudin, 50, berkata, aktiviti pembuangan sampah haram di lokasi tersorok dikesan sejak awal Februari lalu.
"Lori yang bawa muatan sampah secara berlebihan ini wajar dipantau agensi berkaitan bagi mengelakkan insiden tidak diingini.
Iklan
"Lebih membahayakan sebab laluan lori ini sama jalan ke sekolah sebelum masuk ke laluan tikus untuk membuang sampah secara haram,” katanya.
Menurutnya, pihak berwajib dapat membuat pemantauan dan tindakan penguatkuasan.
Iklan
"Sebab lori ini lalu tak kira masa, lebih-lebih lagi kawasan Alam Jaya sedang rancak membangun dengan pelbagai projek.
"Responds team ini sangat menitikberatkan isu keselamatan penduduk di kawasan ini selain isu masalah sosial.
"Kami NGO memang fokus isu berkaitan keselamatan termasuk lori sampah muatan berlebihan selain isu mat rempit dan maksiat.
"Kita kerja ni pun atas dasar sukarela demi ALLAH, selain mahu memastikan BPA ini bebas dari masalah gejala sosial,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Permuafakatan Penduduk Puncak Alam, Mohd Hanif Md Sultan berkata, pelbagai isu dibangkitkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) prihatin termasuk Ketua Keselamatan BPA, Roslan Afirin di kawasan ini.
"Isu sampah haram ini sudah dibangkitkan kepada pihak berwajib berikutan bahu jalan jadi sasaran individu tidak bertanggungjawab.
"Cuma saya nak tekankan sikap penduduk juga perlu diubah kerana kebanyakan kes kemalangan yang berlaku di persimpangan jalan adalah disebabkan langgar lampu isyarat,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai isu persimpangan lampu isyarat, katanya, cat pudar di persimpangan jalan perlu dicat dan dipasang garisan putih sebelum melintas dan membelok.
"Tanda amaran wajar dipasang di kawasan kerap berlaku kemalangan,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Ratusan batang besi bertaburan, jalan ditutup lebih 12 jam"><meta itemprop="description" content="Selepas kira-kira lima bulan penduduk Kampung Sungai Lang Tengah, Banting 'terseksa' dengan kedegilan pihak pemaju yang terus menggunakan jalan kampung sebagai laluan lori lebih muatan, situasi itu memuncak dengan kemalangan sebuah kenderaan berat itu pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Afham Ramli.
Kemalangan kira-kira jam 3.30 pagi dipercayai berpunca kerana lori membawa muatan besi tersebut gagal melepasi selekoh laluan tersebut sebelum terbalik dan hampir kesemua bahagian kenderaan itu terperosok masuk ke dalam parit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806564/edisi/selangor-kl/ratusan-batang-besi-bertaburan-jalan-ditutup-lebih-12-jam
Muzik: Wicked Cinema Ricochet dari soundstripe.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaTerkini #AduanRakyat #Banting #Penduduk"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-29T03:53:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P88S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0xd6i"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0xd6i"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0xd6i"></script>