[VIDEO] Bekalan lembu korban mencukupi, tiada isu naik harga
Iklan
Zahari melihat lembu baka yang diberikan kepada penternak tempatan di Pejabat Veterinar Segamat pada Selasa.
SEGAMAT - Bekalan lembu di negeri ini masih berada di tahap mencukupi dan dijangka tidak berdepan isu kenaikan harga menjelang sambutan Aidiladha pada minggu hadapan.
Exco Pertanian, Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri, Datuk Zahari Sarip berkata, seramai 2,576 penternak lembu tempatan membekalkan keperluan haiwan tersebut, sekali gus membantu mengurangkan kebergantungan kepada lembu import.
Iklan
Iklan
Jelasnya, keadaan itu secara tidak langsung membantu harga lembu lebih stabil seterusnya tidak berlaku kenaikan harga secara mendadak.
"Tiada sebarang laporan yang diterima berhubung peningkatan harga lembu yang didakwa mencecah RM7,000 seekor di negeri ini.
Iklan
"Setakat ini harga jualan lembu di Johor direkodkan sekitar RM5,000 sehingga RM6,000 seekor. Malah di Segamat, ada penternak yang dilaporkan menjual seekor lembu dengan harga RM4,500," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Insentif Ternakan Lembu Pedaging Jabatan Veterinar Johor di Pejabat Veterinar Segamat di sini pada Selasa.
Iklan
Peningkatan itu dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuk kos makanan ruminan haiwan ternakan itu selain permintaan tinggi daripada orang ramai.
Berbanding sebelum ini, harga bagi lembu bersaiz sederhana adalah sekitar RM4,500 hingga RM5,000 seekor, tetapi meningkat kepada RM6,500 sehingga RM7,000 ketika ini.
Zahari (kanan) menyampaikan insentif lembu baka kepada penternak.
Menurut Zahari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buloh Kasap, permohonan permit penyembelihan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) masih dibuka sehingga 26 Jun depan.
"Pada tahun lepas, sebanyak 5,129 permit penyembelihan dikeluarkan. Saya jangka bilangan permit penyembelihan yang dikeluarkan pada tahun ini akan menyamai jumlah permit penyembelihan yang dikeluarkan pada tahun lepas.
"Terdapat 192 pusat penyembelihan di seluruh Johor yang menerima permit kebenaran sembelihan sementara bagi Aidiladha," katanya.
Pada Jun lepas, kerajaan negeri dilaporkan hanya membenarkan aktiviti korban sempena Aidiladha tahun ini dilaksanakan di masjid, surau dan pusat penyembelihan terpilih.
Dalam pada itu, seramai 17 penternak di negeri ini menerima insentif lembu baka dengan nilai RM500,000 menerusi peruntukkan bajet Johor 2023 sebagai galakan menambah jumlah ternakan pedaging tempatan.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.