KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mahu Laporan Projek Land Swap di bawah Kementerian Pertahanan (MINDEF) dinyahklasifikasi.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ini susulan dua laporan yang pernah dibentangkan sebelum ini oleh Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) bersama Laporan Land Swap kepada PAC semasa persidangan Parlimen Ke-14, telah dinyahklasifikasi sebelum jawatankuasa itu dibubarkan.