PRN: Rundingan akhir pembahagian kerusi PH, BN malam ini

Iklan
Rafizi Ramli. - Foto Bernama

MELAKA - [DIKEMASKINI] Rundingan akhir berkaitan pembahagian kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan berlangsung di Kuala Lumpur malam Khamis.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, rundingan itu akan dipengerusikan beliau sendiri bagi pihak PH manakala BN akan diketuai Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Iklan
Iklan

Menurut Rafizi rundingan berkenaan akan menumpukan kepada kesepakatan parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan bagi menetapkan agihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di enam negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kelantan.

Hasil rundingan malam ini akan dibawa ke peringkat pengerusi PH dan BN sebelum dimuktamadkan," katanya dalam sidang media selepas sesi Libat Urus Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) 2021-2025 bersama Menteri Ekonomi di sini pada Khamis.

Iklan

Mengulas lanjut, Rafizi yang juga Menteri Ekonomi berkata, selepas rundingan, tiga nama bakal calon akan disenarai pendek untuk setiap kerusi seterusnya akan dibincangkan dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rafizi berkata, PKR membuka peluang kepada semua yang berminat menjadi calon pada PRN kali ini, namun mereka perlu melalui tapisan yang ketat.

Iklan

"Bagi parti lain, ia bergantung kepada kriteria masing-masing namun PKR, kita buka kepada yang beminat daripada peringkat cabang dan sayap," katanya. - Bernama